Wednesday 6 April 2016

Mesyuarat EKSA Bil 1/2016

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Pada 5 April 2016 jam 9.00 Jawatankuasa EKSA IKBN Miri telah mengadakan Mesyuarat EKSA Bil 1/2016 di bilik mesyuarat IKBN Miri. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En Zainal Abidin bin Nordin selaku Pengerusi Jawatankuasa EKSA IKBN Miri dan dihadiri oleh semua ketua unit dan zon EKSA.

En Khairol Amri bin Nordin selaku penyelaras telah membentangkan carta organisasi, carta perbatuan, pembahagian zon, dasar dan objektif EKSA serta senarai tugas setiap ahli dalam jawatankuasa.

Mesyuarat juga membincangkan perancangan gerak kerja bagi setiap unit dan zon untuk mencapai matlamat EKSA iaitu mendapat persijilan dari MAMPU. Tuan pengerusi mengingatkan bahawa EKSA bukanlah semata-mata mendapatkan persijilan tetapi seharusnya menjadi budaya setiap pegawai dan kakitangan di IKBN Miri.

Mesyuarat bersurai pada jam 11.00 pagi. Semua perkara yang dibincangkan diharapkan akan diambil tindakan oleh semua ahli jawatankuasa EKSA.


Taklimat EKSA dan Penyampaian Surat Pelantikan EKSA

Assalamulaikum wbt dan Salam Sejahtera

Pada 30 Mac 2016, IKBN Miri telah mengadakan Perhimpunan Mesra Bulanan untuk bulan Februari dan Mac anjuran Jabatn Automotif. Pada perhimpunan tersebut, En Khairol Amri bin Nordin telah menyampaikan taklimat ringkas mengenai pelaksanaan EKSA di IKBN Miri.

Taklimat tersebut telah menerangkan secara ringkas apakah EKSA dan sasaran yang ditetapkan oleh IKBN Miri iaitu mendapat persijilan EKSA dari MAMPU pada bulan Oktober 2016.

Selain itu, upacara penyampaian surat pelantikan EKSA kepada semua ahli Jawatankuasa Induk EKSA telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah IKBN Miri, En Ahmed bin Daud dalam majlis tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua yang dilantik dan diharapkan dapat memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan EKSA di IKBN Miri.









Lawatan Penanda Aras EKSA ke AG Miri

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Pada 28 Mac 2015, seramai 15 orang pegawai dan kakitangan dari IKBN Miri telah melawat ke Jabatan Akauntan Negara (AG) Miri dalam program Lawatan Penanda Aras EKSA 2016. Lawatan bertujuan memberi pendedahan kepada pegawai dan kakitangan berkenaan EKSA memandangkan AG Miri telah pun mendapatkan persijilan EKSA daripada MAMPU pada Julai 2015.

Lawatan diketuai oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan Latihan) telah tiba di AG Miri pada jam 9.00 pagi dan telah diberikan taklimat pelaksanaan EKSA oleh pihak AG. Selepas itu, lawatan ke seluruh bahagian di AG dilakukan bagi melihat cara-cara pelaksanaan EKSA di sana.

Lawatan tamat pada jam 11.00 pagi. IKBN Miri mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak AG atas kesudian menerima lawatan tersebut dan berharap dapat menggunakan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi pada lawatan tersebut untuk diaplikasikan di IKBN Miri.


















Kata Aluan Penyelaras EKSA

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Blog ini diwujudkan sebagai salah satu langkah promosi EKSA di IKBN Miri. Selain itu blog ini akan memaparkan semua aktiviti EKSA beserta gambar-gambar untuk rujukan dan makluman semua kakitangan dan pelajar.

IKBN Miri mensasarkan untuk mendapatkan persijilan EKSA dari MAMPU pada Oktober 2016 dan diharapkan semua pihak yang terlibat dapat memberikan sokongan dan penglibatan dalam menjayakan matlamat tersebut.

Sekian, terima kasih.

Khairol Amri bin Nordin
Penyelaras EKSA IKBN Miri