Friday, 19 August 2016

Audit Dalaman EKSA Bil 1/2016 dan Mesyuarat EKSA Bil 4/2016

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Selamat Hari Raya Aidil-Adha dan Selamat Hari Malaysia.

Pada 4 ogos 2016 telah berlangsung Audit Dalaman EKSA Bil 1/2016 yang telah dijalankan oleh jawatankuasa Audit diketuai oleh En Freddie Sagieng. Semua ahli audit telah meninjau ke seluruh zon-zon EKSA di IKBN Miri dan membuat penilaian.

Hasil audit tersebut mendapati masih banyak yang perlu dilakukan oleh warga IKBN miri untuk mencapai pelaksanaan EKSA yang baik mahupun cemerlang. Markah keseluruhan yang dicapai adalah 63.59% di mana masih banyak kelemahan-kelemahan yang perlu diatasi.



Hasil audit tersebut telah dibentangkan dalam Mesyuarat EKSA Bil 4 pada 16 Ogos 2016. Pengerusi telah meminta semua zon untuk mengambil langkah-langkah penambahbaikan bagi meningkatkan markah audit dalaman yang seterusnya.

Semua zon dikehendaki meneliti teguran jawatankuasa audit dan mengambil tindakan sewajarnya.

Monday, 15 August 2016

Taklimat EKSA kepada Kakitangan

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Salah satu aspek dalam penilaian EKSA adalah penghayatan EKSA oleh semua kakitangan. Sebagai usaha mempromosikan EKSA kepada semua warga IKBN Miri, satu sesi taklimat kesedaran EKSA IKBN Miri telah pun dijalankan pada 11 Ogos 2016 (Khamis).

Taklimat telah disampaikan oleh En Yaefee Fazalie bin Jaffar sebagai Ketua jawatankuasa Latihan EKSA IKBN Miri. Taklimat tersebut bermula pada jam 8.30 pagi di Dewan Hospitaliti dihadiri oleh semua warga IKBN Miri dan dimeriahkan dengan kehadiran Tuan Pengarah IKBN Miri yang baru iaitu En Mohd Yusuf bin Hj Long.

Taklimat menerangkan seba sedikit tentang latar belakang EKSA dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mendapatkan persijilan EKSA. Taklimat tamat pada jam 10.00. Diharapkan hasil taklimat ini, semua warga IKBN Miri akan dapat memahami EKSA dan menghayati pelaksanaan EKSA sekaligus membudayakan EKSA di IKBN Miri.







Friday, 5 August 2016

Mesyuarat EKSA Bil 3/2016

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Pada 3hb Ogos 2016 telah diadakan Mesyuarat EKSA Bil 3/2016 di bilik mesyuarat IKBN Miri pada jam 8.30 pagi. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En Zainal Abidin bin Nordin dan dihadiri oleh semua ketua-ketua Zon dan ketua-ketua jawatankuasa.

Mesyuarat membincangkan tentang status pelaksanaan terkini EKSA di IKBN Miri selain mendengar taklimat berkenaan gotong royong perdana EKSA serta program kesedaran EKSA oleh Ketua Jawatankuasa Latihan, En Yaefee Fazalie bin Jaffar.

Selain itu, Ketua Jawatankuasa Auidt, En Freddie Sagieng pula memberi taklimat mengenai Audit Dalam EKSA bil 1/2016 yang akan diadakan pada 4hb Ogos melibatkan semua zon di IKBN Miri. Mesyuarat tamat pada jam 10.30 pagi.

Diharapkan semua perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut dapat diambil tindakan sewajarnya oleh semua pihak.





Tuesday, 2 August 2016

Garis Panduan EKSA IKBN Miri

Jawatankuasa EKSA IKBN Miri telah berjaya menyediakan garis panduan lengkap tentang pelaksanaan EKSA di IKBN Miri. Garis panduan ini boleh diakses secara online di laman ini:


Garis panduan ini akan membantu setiap warga IKBN Miri dalam melaksanakan EKSA dengan betul. Dokumen ini bersifat dinamik di mana perubahan akan dilakukan dari masa ke semasa melalui penambahbaikan proses kerja secara berterusan.