Friday, 30 September 2016

Mesyuarat EKSA Bil 6/2016

Pada 27 September 2016, mesyuarat EKSA bilangan ke-6 telah pun dijalankan di bilik mesyuarat IKBN Miri. Mesyuarat yang diadakan pada jam 9.00 pagi tersebut dipengerusikan oleh En Zainal Abidin bin Nordin dan dihadiri oleh semua ketua jawatankuasa dan ketua zon.

Perkara utama yang dibincangkan adalah teguran dan penemuan oleh juruaudit semasa audit EKSA kedua dijalankan pada 8-9 September 2016. En Freddie Sagieng selaku ketua juruaudit telah membentangkan kelemahan-kelemahan yang perlu diatasi bagi mendapatkan markah audit yang lebih baik pada audit ketiga nanti.

Pengerusi meminta kerjasama semua pihak bagi memperbaiki kelemahan dan teguran supaya tidak berulang dan bagi memastikan IKBN Miri akan mendapat persijilan EKSA seperti yang dirancang. Mesyuarat tamat pada jam 11.00 pagi.

Thursday, 15 September 2016

Audit Dalaman EKSA Kedua

Pada 8 dan 9 September 2016, pasukan audit dalam EKSA telah mengadakan Audit Dalaman EKSA kedua yang melibatkan semua zon di IKBN Miri.

Hasil audit tersebut mendapati IKBN Miri belum mencapai markah yang melayakkan mendapat persijilan EKSA iaitu 75.85%. Satu mesyuarat telah pun diadakan bagi membincangkan perkara-perkara yang perlu ditambah baik untuk audit seterusnya.

Monday, 5 September 2016

Mesyuarat EKSA Bil 5/2016

Pada 1 September 2016, mesyuarat EKSA kali ke 5 bagi tahun 2016 telah diadakan di bilik mesyuarat. En Zainal Abidin bin Nordin selaku pengerusi EKSA IKBN Miri telah mempengerusikan mesyuarat.

Semua ketua jawatankuasa dan ketua zon telah hadir ke bilik mesyuarat pada jam 9.00 pagi bagi membincangkan kemajuan pelaksanaan EKSA di IKBN Miri umumnya dan di zon masing-masing khasnya. Perkara-perkara yang berbangkit dibincangkan untuk diselesaikan bagi memantapkan pelaksanaan EKSA di IKBN Miri.

Perkara utama yang dibincangkan dalam mesyuarat adalah persediaan untuk Audit Dalaman kedua pada 8-9 September 2016. Mesyuarat berlangsung selama kira-kira satu jam setengah dan tamat pada jam 10.30 pagi.

Friday, 2 September 2016

Gotong Royong EKSA

Salah satu aktiviti yang dijalankan dalam pelaksanaan EKSA adalah Gotong Royong Perdana. Gotong royong ini melibatkan semua pihak di IKBN Miri tidak mengira bahagian dan jawatan. Semua orang akan mengemas, membersih dan menceriakan bahagian masing-masing.

IKBN Miri telah menjalankan beberapa siri gotong royong perdana dan yang terkini adalah pada 26 dan 26 Ogos 2017. Pelajar dan pengajar bersama-sama membersih dan mecantikkan ruang belajar dan ruang kerja masing-masing.