Thursday, 16 February 2017

Tarikh Audit EKSA MAMPU di IKBN Miri

Sukacita dimaklumkan pihak MAMPU bersetuju untuk hadir di IKBN Miri untuk Audit Persijilan EKSA pada 15 hingga 17 Mac 2017. IKBN Miri amat berbesar hati untuk menerima kunjungan ini dan sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menceriakan lagi IKBN Miri sebelum lawatan audit tersebut.

Antara langkah promosi yang diambil adalah mewajibkan semua pegawai menggunakan wallpaper PC EKSA supaya semua pegawai mengambil maklum lawatan ini.


Satu banner juga telah digantung di pintu masuk bangunan pentadbiran bagi menyemarakkan lagi semangat semua pegawai tentang lawatan audit EKSA dari MAMPU ini.


Tuesday, 7 February 2017

Permohonan Audit EKSA MAMPU

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Syukur ke hadrat Tuhan, IKBN Miri telah berjaya mencapai syarat minimum untuk permohonan audit EKSA oleh MAMPU. Syarat yang dimaksudkan adalah mencapai markah audit dalaman 80% dan keatas untuk 2 kali audit.

Untuk makluman, markah audit EKSA yang ketiga adalah 84.47% manakala markah audit keempat adalah 83.39%. Satu surat telah pun dihantar ke pihak MAMPU untuk memohon audit tersebut.

Buat masa ini, IKBN Miri masih menunggu maklumbalas dari pihak MAMPU tentang tarikh audit tersebut.

Wednesday, 25 January 2017

Audit Dalaman EKSA Ke-4

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera

Pada 18 hingga 20 Januari 2017 pasukan audit dalaman IKBN Miri diketuai oleh En Freddie Sagieng telah menjalankan audit dalaman EKSA kali ke-4. Pasukan audit meronda ke semua zon dalam IKBN Miri untuk memriksa pelaksanaan EKSA di setiap zon.

Hasil audit tersebut mendapati IKBN Miri memperoleh markah audit sebanyak 83.39%. Markah ini menurun sedikit kerana banyak zon sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan semasa lawatan audit dijalankan. Laporan dan penemuan audit dibentangkan dalam mesyuarat penutup audit pada 20 Januari.



Monday, 16 January 2017

Gotong Royong Perdana 1/2017

Pada 16 Januari 2017 IKBN Miri telah menjalankan Gotong Royong Perdana yang pertama bagi tahun 2017. Gotong royong ini memfokuskan untuk persiapan Audit Dalaman EKSA bil 4 yang bakal diadakan pada 18 hingga 20 Januari 2017.

Semua zon telah menjalankan kerja-kerja menyisih, membersih, menyusun, mengemaskini dan sebagainya bagi menceriakan lagi zon maisng-masing mengikut garis panduan EKSA.










Tuesday, 10 January 2017

Mesyuarat EKSA Bil 1/2017

Salam Sejahtera dan Selamat Tahun Baru!

Mesyuarat EKSA yang pertama untuk tahun 2017 telah dijalankan pada 9 Januari 2017. Dengan tibanya tahun baru, semua ahli jawatankuasa juga hadir dengan semangat baru. Mesyuarat dipenegerusikan oleh En Zainal Abidin bin Nordin dan membincangkan kemajuan pelaksanaan EKSA di IKBN Miri.

Antara perkara penting yang dicapai semasa mesyuarat:

1. Gotong royong pada 16 Januari 2017
2. Audit Dalaman ke-4 pada 18 hingga 20 Januari 2017
3. Target baru persijilan pada Mac 2017




Wednesday, 23 November 2016

Lawatan Penanda Aras EKSA dari ADTEC Bintulu

Pada 18 November 2016, IKBN Miri telah berbesar hati menerima Lawatan EKSA dari ADTEC Bintulu. Lawatan seramai 25 orang tersebut terbahagi  kepada 19 orang pelajar dan 6 orang pegawai pengiring diketuai oleh En Hassan.












Thursday, 10 November 2016

Audit Dalaman EKSA Ketiga

Audit Dalaman EKSA ketiga telah dijalankan pada 27 dan 28 Oktober melibatkan semua zon di IKBN Miri. Semua teguran-teguran dan penemuan pada audit kedua telah diambil tindakan sewajarnya sebelum audit ini dijalankan.

Hasil audit menunjukkan IKBN Miri telah mencapai  tahap BAIK iaitu 84.47%. Tahniah kepada semua zon yang memberikan kerjasama yang baik untuk meningkatkan markah audit berbanding audit yang lepas.

Langkah seterusnya adalah untuk mengekalkan dan memperbaiki teguran yang diberikan untuk mencapai markah audit yang lebih baik pada audit yang seterusnya yang dijangka pada awal Januari 2017.