Audit Dalaman EKSA ketiga telah dijalankan pada 27 dan 28 Oktober melibatkan semua zon di IKBN Miri. Semua teguran-teguran dan penemuan pada audit kedua telah diambil tindakan sewajarnya sebelum audit ini dijalankan.
Hasil audit menunjukkan IKBN Miri telah mencapai tahap BAIK iaitu 84.47%. Tahniah kepada semua zon yang memberikan kerjasama yang baik untuk meningkatkan markah audit berbanding audit yang lepas.
Langkah seterusnya adalah untuk mengekalkan dan memperbaiki teguran yang diberikan untuk mencapai markah audit yang lebih baik pada audit yang seterusnya yang dijangka pada awal Januari 2017.
No comments:
Post a Comment